Thursday 13 December 2012

Milk Booster for Mama

Hampir dua minggu susu Mama Yatie dah drop sangat-sangat..erm risau betul. selalu je berdoa "Ya Allah Ya Tuhan ku Kau Perbanyakkanlah susuku untuk Muhammad Firas sehingga Umurnya 2 tahun, Kau cukupkanlah susu ini untuk anakku, Amin". Niat di hati Mama Yatie ni nakkan si firas menysuu hingga 2 tahun dan InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dari 2 tahun..Amin.

Jadi mari kita check apa yang kurang (susu) yang menyebabkan susu merundum (ooohhh tidak!!) tapi badan mamanya bukan mainnn lagi berisi2..huhu

bila disemak-semak ini adalah aktiviti mama yatie sepanjang bulan ini :

1. Minum air 3 liter (sampai bibir pun jadi kering sebabnya 25kg=1liter air. kalau dah berat pun 70kg++ kenalah top up lebih)

2. tak makan breakfast, just minum je menunya seperti berikut :


  •   Pagi - Milo o atau soya non GMO + Milo dan biskut ( ermmm macam mana la tak kurang susu)
  •  Tengahari - Nasi+ikan/Ayam+ sayur 
  • Petang - soya non GMO + Milo dan biskut 
  • malam - soya non GMO + Milo dan biskut Atau NASI
3. Pumping tak rutin iaitu time office hours ada 2x iaitu 10.30 pagi dan 3.00 petang aje.

4. suka sangat tunggu breast kosong baru pump

5. kerap bagi firas direct bf (ermmm kira ok lah tu kot kalau bagi direct kan).

jadi mulai 14/12/2012 (waaa..bestday my hubby lah) mama yatie terus la nak ubah tabiat pemakanan dan tabiat pumping. SeMOGA BERJAYA..

ni yang mama yatie copy paste dari KIM untuk panduan sendiri :

Penghargaan Buat Kumpulan Menyusukan Anak (KIM) kerana info ini adalah perkongsian daripada percambahan minda ibu-ibu dalam group tersebut. 


Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING(sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.

Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:

1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.
2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
4. Pam semasa bayi tidur.
5. Pam sebelum ibu tidur.
6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).


[Tips tambah susu ibu secara natural]
Teknik hypnobreastfeeding:
1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
- melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu - hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan

Masuk ke bilik yang sunyi
Pasang zikir/muzik yang menenangkan
Pasang aromaterapi yang menenangkan
Duduk tegak
Rilekskan otot
Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
Masukkan setting positif "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun".

Penghargaan Buat Kumpulan Menyusukan Anak (KIM) kerana info ini adalah perkongsian daripada percambahan minda ibu-ibu dalam group tersebut. 


Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.





No comments:

Post a Comment