Thursday 13 December 2012

Milk Booster for Mama

Hampir dua minggu susu Mama Yatie dah drop sangat-sangat..erm risau betul. selalu je berdoa "Ya Allah Ya Tuhan ku Kau Perbanyakkanlah susuku untuk Muhammad Firas sehingga Umurnya 2 tahun, Kau cukupkanlah susu ini untuk anakku, Amin". Niat di hati Mama Yatie ni nakkan si firas menysuu hingga 2 tahun dan InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dari 2 tahun..Amin.

Jadi mari kita check apa yang kurang (susu) yang menyebabkan susu merundum (ooohhh tidak!!) tapi badan mamanya bukan mainnn lagi berisi2..huhu

bila disemak-semak ini adalah aktiviti mama yatie sepanjang bulan ini :

1. Minum air 3 liter (sampai bibir pun jadi kering sebabnya 25kg=1liter air. kalau dah berat pun 70kg++ kenalah top up lebih)

2. tak makan breakfast, just minum je menunya seperti berikut :


  •   Pagi - Milo o atau soya non GMO + Milo dan biskut ( ermmm macam mana la tak kurang susu)
  •  Tengahari - Nasi+ikan/Ayam+ sayur 
  • Petang - soya non GMO + Milo dan biskut 
  • malam - soya non GMO + Milo dan biskut Atau NASI
3. Pumping tak rutin iaitu time office hours ada 2x iaitu 10.30 pagi dan 3.00 petang aje.

4. suka sangat tunggu breast kosong baru pump

5. kerap bagi firas direct bf (ermmm kira ok lah tu kot kalau bagi direct kan).

jadi mulai 14/12/2012 (waaa..bestday my hubby lah) mama yatie terus la nak ubah tabiat pemakanan dan tabiat pumping. SeMOGA BERJAYA..

ni yang mama yatie copy paste dari KIM untuk panduan sendiri :

Penghargaan Buat Kumpulan Menyusukan Anak (KIM) kerana info ini adalah perkongsian daripada percambahan minda ibu-ibu dalam group tersebut. 


Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING(sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.

Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:

1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.
2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
4. Pam semasa bayi tidur.
5. Pam sebelum ibu tidur.
6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).


[Tips tambah susu ibu secara natural]
Teknik hypnobreastfeeding:
1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
- melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu - hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan

Masuk ke bilik yang sunyi
Pasang zikir/muzik yang menenangkan
Pasang aromaterapi yang menenangkan
Duduk tegak
Rilekskan otot
Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
Masukkan setting positif "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun".

Penghargaan Buat Kumpulan Menyusukan Anak (KIM) kerana info ini adalah perkongsian daripada percambahan minda ibu-ibu dalam group tersebut. 


Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.





Wednesday 12 December 2012

Nutrisi Pemakanaan Untuk Ibu Menyusukan


Penyusuan untuk wanita adalah penting selain mengeratkan kasih sayang, ianya dapat mengembalikan bentuk badan yang asal.  yang paling best bila penyusuan adalah bayi kita dapat membesar dengan lebih baik lagi kerana pandangan mata anak semasa menyusukan adalah yang TERHEBAT pernah aku alami : 
Berikut adalah tips makanan dan minuman untuk ibu yang menyusu yang aku google dalam internet. 

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya/ tauhu/tempe, kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya. (sayur bayam kaya dengan asid folik. juga sesuai untuk ibu mengandung)
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma. (boleh buat puree atau minuman berasaskan kurma atau logan)
  • Tinggi kalsium – susu.
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih. (resepi mertua untuk lobak masak asam adalah seperti dibawah- olahan semula oleh Yatie Madianuddin)
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  •  hormon oxytocin penting untuk dihasilkan oleh ibu nmenyusukan bayi kerana hormon ini membantu ibu untuk menghasilkan kuantiti susu



Resepi lobak putih masak asam :

3 ulas Bawang Putih - racik
1 biji bawang besar/holland - racik
1 biji bawang merah- racik
5-6 biji halba 
cili merah/hijau 4 (dibelah dua tak putus)
3 gelas air (ikut kesesuaian)
sedikit Halia- racik
Lobak putih sebatang (rebus dengan air selama 15-20 minit untuk hilangkan bau hancing lobak)
ikan tenggiri 4-5 ketul
asam jawa (dibancuh pekat)
garam-gula
minyak masak

cara masak:

tumis semua bahan, masukkan air, tunggu mendidih masukkan ikan dan bahan perasa. 




teringat masa aku pergi jumpa nutrition pada 10/12/2012, ada seorang budak tunjuk gambar ini pada maknya dan berkata " tengok tu mak, gambar yang paling atas sekali kena makan banyak tau.."...huhu kebetulan gambar paling atas adalah gambar aiskrim.....sabar jelah

Friday 7 December 2012

Diet with Shaklee

Ermmm dah lebh 4 bulan aku asik browse aje pasal set penyusuan dan slimming set menggunakan produk Shaklee..tetiba ada rasa nak guna plak produk ni...dalam hati...."biarlah aku kurus balik lepas mkn slimming set for bf mom ni"...cepatlah gaji...huhuhu 

some info about shaklee slimming for bf mom yang aku copy paste dari mama-batrisya blogspot...


SET SLIMMING IBU MENYUSU. TAK JEJASKAN PRODUKSI SUSU MALAH LEBIH MERIAH AIR SUSU NYA!!
Hanya 2 bulan turun 20kg. Hebat sungguh.. SET VITAMIN ALFALFA, LECITHIN, ESP. 

Turun berat badan
susu badan meriah
Kulit pun cantik
Diet yang sihat

Susu tak terjejas..


kita dapat kekalkan jisim otot agar badan lebih peja, bertenaga dan tidak mengeleber, terutamanya sekitar tangan dan perut.



Jadi jika ingin kurangkan berat badan namun ingin tampak " terbentuk", ESP protein lah jawapannya!!!..



Kombinasi ALFALFA dan LECITHIN bersama ESP PROTEIN hasilkan gabungan yang hebat buat ibu menyusu yang ingin tampil awet muda walaupun anak dah berderet



gambar tahun 2006
gambar tahun 2008
nanti boleh la dapat bentuk badan asal semula agaknya..erm...aku tgk dah ramai btol yang kurus balik mcm anak dara...nak jugaakkk....

Wednesday 5 December 2012

Demam Shaklee


Sekarang ni aku tak tau la nape..asik berkira2 je nak beli set slimming for breastfeeding mom....kalau ikutkan indipentdant  distributor ni ada yang kurus mcm anak dara lepas bersalin..huwaaaa bnd yang aku mmg teringin sgt nak buat......55kg?????????

semua set2 ni mau makan smp rm200-300.. gila la kalau tak kurus..........

kenangan "kurus" sekejap selepas bersalin tahun 2010

Arghhh...aku tak suka PARKING

keadaan yang sungguh menyakitkan ati bila aku kena cari parking...cite nya semalam aku ni konon2nya nak le mengetest kad keja baru.. so pegilah try cari parking keta kat B2-B4.. dari kul 2pm-2.45 parking x dpt2 lagi..adoooiii sakitnya hati..kenapalah parking nya sikit sgt....tgk2 kena share dgn 4 kementerian lain. aku ni siap hafal lagi parking lot..nanti sennag nak dtg amik keta.

adoooiiiii byk kenangan aku dari dulu smplah sekarang pasal parking2 ni....paling menggerunkan bila aku parking kat mid valley ..lepas dah shopping dan tgk wayang blh plak lupa parking keta kat mn...hahahahaha 

haru biru unggu kelabu dibuatnya......sebab tu aku benci sgt parking sorang2 kalau ada kat mall atau pasar.


boleh tak kalau kita main parking suka2 ati je ..janji 0..haha terutamanya yang duk kat dpn lif..hahahaha
jadi moralnya, silalah keluar dengan suami atau kawan2 anda kalau takut atau lupa kat mana kita dah parking...
my princess - prince and twin of  my heart. 

Muhammad firas- 2 hari
tak sangka2 aku dapat anak lelaki sebabnya scan punya scan tak nampak so aku consider dapat bby girl lah..rupanya keluar2 je lelaki. . muaaahhh cayang mama

Exclusive Breastfeeding untuk Muhammad Firas bin Muhammad shahrizan

Pengalaman menyusukan firas adalah sesuatu yang best, menakjubkan dan kadang-kadang rasa macam sedikit "letih", "penat" dan tak kurang juga rasa macam terbeban sedikit. ini sebabnya si firas asik nak berkepit aja dengan mamanya.

tapi sebolehnya aku tak nak rasa terbeban sebabnya firas adalah darah daging aku, yang kelaur dari rahim aku dan semestinya mama, ayah dan kak aina amat sayang firas.

sejak setahun sebelum kelahiran firas lagi aku dah plan dan dah ada awareness tentang Penyusuan Anak secara ekslusif sehingga 2 tahun. bila tgk kawan2 lama masa keja kat jabatan perpaduan dulu AKA geng mengepam...waaa...tgk air susu dorang sampai melempah2...Syukur nikmat Allah kan? Allah maha pemurah lagi maha Menyayang. Allah tak kan biarkan hambaNya bersusah2 untuk mengeluarkan duit belanja yang tinggi hanya untuk membesarkan anak.

jadi bertitik tolak dari itu lah aku mula simpan azam nak menyusuan baby kedua sepenuhnya selama 2 tahun. 

jadi bila firas dilahirkan, mmg perit sgt sebab aku ada komplikasi rahim dan dinasihatkan untuk beranak lagi 5 tahun (aduiiii...sesuatu yang aku tak jangka) sebabnya kantung rahim dah pecah dan terkoyak smp 1cm...dengan berat 3.65kg..mcm biasa la..."puan, anak besar jadi kita try dulu normal erk, kalau tak mmg kena czer ni"....erm puaslah aku trainning nak normal...bukan rezeki la nampaknya, dan smp kesudahnya aku akan czer ...huhu. paling happy aina adn firas berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Ogos 2012. hahahaha sesuatu yang Allah anugerahkan kepada kami....

bila lahir, walaupun Allah SWT uji dengan pelbagai ujian terhadap kesihatan firas..kami dah redha dan tempuh aje lah selagi diberi ujian.

back to the breastfeeding (BF)..yup mmg aku berazam nak BF sebabnya nanti boleh kurus..hahahahah tapi smp sekarang berat tak agak2 naiknya.....

sehari firas akan minum 2ozx6botol. tapi latelly dia kurang menyusu..tak tau kenapa..apa2 pun aku selalu doa supaya firas lekas sembuh dan jadi big boy mcm bby lain.

apa yang mama mkn itulah yang firas makan juga. Encik suami dan orang sekeliling banyak menyokong untuk aku bf. dan yang paling penting apabila bermulanya BF journey aku. maka bermulalah shopping sakan aku untuk beli brg2 dan keperluan untuk mom bf. hahaha (amik kesempatan) .....


Tuesday 4 December 2012

buat duit

Haduiihaiii..sekarang semua orang tgh sibok2 nak tambah punca pendapatan. aku pun teringin juga la kan..sebab tu buat blog. hahahaha....

sekarang macam2 org nak buat duit. dari jual produk hiasan jari jemari sampailah ke jual barangan peribadi.


 ( tu dia..kalau lah dalam handbag aku ada duit banyak2 mcm ni..huhuhu tersenyum gumbira tokey baju, tokey ubat2 kurus dan tokey2 fast food nengok aku dtg tmpt dorang beli barang. tapi duit singgit tak mau..nak duit seratus2 je dalam handbeg..boleh cenggitu..hahaha)

jadi cadangan aku ni pun nak le jugak buat duit kan. perancangan sekarang nak jual produk slimming set. yelah memandangkan aku ni pengguna tegar bagi produk slimming set. jadi tak salah kalau aku nak kongsikan pengalaman aku yang dulunya pernah bam-bam selama 3-4thn (huh..sekarang pun bam-bam jugak..huwaaa)

tak kurang juga kalau dalam FB bila kita tgk sibok2 cerita masalah dlam group tu..mula la org dok promote barang2 kurus ni..naik hangin pun ada gak kengkadang..hahaha Harap2 aku tak le macam tu.

apa-apa pun All The Best untuk diri aku sendiri. go.go Cyaiyok.

yatie Madianuddin
5/12/2012

Its me again

Haaa ni dia....colection gambar2 lama....saje je nak hapdet kan..bagi motivasi sket...nak kurus punya pasal..huhuhu 



geng2 yang best la masa kursus induksi kat langkawi....sesuai la sgt induksi kat Langkawi....abis shopping coklat.....mkn coklat mcm mkn nasi..huhuhu terkini aku dah joint Abg lan, dan Ijang ..skrg duduk kat PDN..

waaaaa..geng2 KPK dulu...masa ni best....kursus dkt Miri, Sarawak. Paling bets bukan Kursus..tapi MAKANAN kat Hotel Dynasty TEBAIK BRO!!!..aku dgn kak Zira siap tapau..hahahahhaa......

kurus tak henggat..huhuhuhu...berangan la nak dapat balik bdn cenggini..huuuwaaaaaaa......aku jadi obses nak kurus balik.......

its's me




Mama kepada dua orang cahaya mata yang sangat2 comel dan keletah. aku suka sgt tgk blog2 orang dan akhirnya..taaa daaa....aku dah ada blog sendiri...

menarik tentang aku :

- Suka makan - tapi NAK KURUS..

- Suka cantik- tapi BELUM NENAWAN lagi..

- Suka bebel- tapi tak reti BILA NAK STOP kalau dah jumpa geng2 seangkatan


Muhammad firas sebulan
ayah dan aina posing maut masa dkt colmar tropical..sekangkang kera je dari KL...huhu jenuh aku mendaki bukit2 kat colmar ni dgn harapan nak deliver normal
 

Pengantin Baru - 24 Oktober 2008 
Bak kata org tua "sama cantik- sama padan"

suka sgt pose ni dan baju ni pun best sebab konon2nya time tu baju pengantin ala2 Ina- mawi 9ex gf mawi dulu) tgh hot time ni..