Thursday 11 July 2013

Petua Tradisi Perbanyakkan Susu Ibu

ada banyak petua untuk memperbanyakkan susu, selain daripada mengambil makan tambahan seperti supplement shaklee ( i like!!), anda juga boleh mencubanya di rumah mengenai petua tradisi kita.

selalunya petua2 ni kita amalakan masa dalam pantang aje, sedangkan petua ni boleh kita amalkan setiap hari. 
tak rugi untuk mencuba

untuk lebih berkesan, u ollss boleh ambil set seperti berikut bagi kesan yang maksimum semasa penyusuan :

Set asas- ESP + Alfalfa + Free shaker 
Set super - ESP + Alfalfa + Vitalea + Ostematrix + Vitamin C + Free shaker 
Set extravaganza - ESP + Alfalfa + B. Complex + Vitalea + Ostematrix + Vitamin C + Free shaker 

Pm saya harga memang terbaik. 
ID- 917537
email- ainafiras@gmail.com
h/p017 3112968
COD- Putrajaya- Bangi-Kajang

Petua Tradisi Perbanyakkan Susu Ibu 

Bunga melur dan daun pucuk manis 
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi. 

Kacang tanah 
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Longan kering - ESP / Meal Shake
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. 

Daun sirih 
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. 

Halba dan jintan hitam - Alfalfa complex
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya. 

Susu - ostematrix
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.. 

Lobak merah - caratomax 
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari. 

Nasi panas, halia muda dan air asam 
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam. 

Daun betik muda 
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

p/s: Segala petua di atas adalah hanya usaha sampingan, mungkin ada cara lain yang lebih berkesan. Petua-petua ni berbeza kesannya kerana bergantung kepada penerimaan badan masing-masing. 

- sumber: pa & ma -

No comments:

Post a Comment