Monday 19 August 2013

DIET UNTUK WANITA MENYUSU

Diet untuk wanita sihat yang menyusui

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan. 

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama. 

Apa yang perlu saya makan?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafeinalkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. 

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. 

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 


Sunday 18 August 2013

SET KAWAL KENCING MANIS

SET KAWAL KENCING MANIS

Kebaikan Shaklee Diabetes Care programme:
*Mengekalkan paras gula normal dalam darah
*Menggalakkan kesihatan jantung
*Melegakan rasa kebas dan semut-semut
*Membantu dalam penyembuhan luka
 *alfalfa mengandungi trace mineral vanadium yang dapat meningkatkan fungsi pankreas 

bagi membantu pengeluaran insulin

 Set Kawal Kencing Manis
1. Zinc Complex 120bj = RM33.75
2.  Vitamin C Sustained Release 500mg 180bj = RM92.50
atau
Vitamin C Chewable 100mg 90bj = RM37.50
3. Vitalea Multivitamin 120bj = RM88.75
4. GLA Complex 90bj = RM91.25
5. ESP Energizing Soy Protein 850g = RM150
6. 
**Sila hubungi saya untuk harga istimewa


Puan nor suraiti binti madianuddin [yatie]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 917537]
fb- elegance stylista
SMS:
017 311 2968ainafiras@gmail.com

Set Sayangi Jantung Anda (Love Your Heart Programme)

SET SAYANGI JANTUNG ANDA

*Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
*Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik
*Membantu mengekalkan tekanan darah normal



 Set Sayangi Jantung Anda
1. Vita-E Complex 120bj = RM149.00
2.  Garlic Complex 60bj = RM47.50
3. Lecithin 180bj = RM52.504. 
4. Omega Guard 90bj = RM136.00
5. ESP Energizing Soy Protein 850g = RM150
6. CoQHEALTH PLUS 30bj =RM124.00
**Sila hubungi saya untuk harga istimewa
harga ahli sahaja!!
Puan nor suraiti binti madianuddin  [yatie]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 917537]
SMS:
017 311 2968| ainafiras@gmail.com

CINCH LOSS PLAN

Cinch Energy Tea Mix
28 sticks

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk. 
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan


Cinch Shake Mix (Canister) Cafe Latte)
Cinch Shake Mix (Canister) Vanilla) 
Cinch Shake Mix (Canister) Chocolate)
15 sv

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan 

Puan nor suraiti binti madianuddin [yatie]
Shaklee Independent Distributor [ID No :917537]
SMS:
017 311 2968|ainafiras@gmail.com

SET SISTEM PENGHADAMAN



SET SISTEM PENGHADAMAN

Herb-lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Halia pula merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupaka herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Kegunaan sehingga untuk 4 bulan.
  

Set Sistem Penghadaman
1. Peppermint Ginger Plus 90bj = RM45.00
2.  Herb Lax 120bj = RM52.50
3. Alfalfa 700bj =RM97.50 / Alfalfa 330bj =RM53.75
**Sila hubungi saya untuk harga istimewa

semua harga ahli
Puan nor suraiti binti madianuddin [yatie]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 917537}
WhatsApp: 017 311 2968
|ainafiras@gmail.com

SET KESIHATAN TULANG

SET KESIHATAN TULANG

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan managanese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Manakala, Advanced Joint Health Tablet ia satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.  Set ini terdiri daripada:


Set Kesihatan Tulang
1. Joint Health Tablet 60bj = RM120
2. Ostematrix 120bj = RM61.00
**Sila hubungi saya untuk harga istimewa

harga ahli untuk kesemuanya

yati- 917537 (ID)
017 311 2968
elegnace stylista

Friday 16 August 2013

Kenapa penyusuan GAGAL

Kredit to FB Butik Tateh
  • Saya nak share 3 sebab kenapa ibu gagal menyusukan anak
    1. Niat: Tiada niat untuk menyusu anak dan bergantung kepada nasib.. ada ibu yang mengandung yang saya jumpa dan tanya tentang persediaan penyusuan berkata, tengokla puan.. Ada susu adalah.. Tade tadela.. Tengok nanti camane... Apabila tiada niat utk memberi bayi yang terbaik, kita tidak mencari jalan dan bersungguh sungguh dalam melakukannya
    2. Ilmu : ramai ibu bapa menghabiskan beribu ringgit untuk persediaan material seperti barang bayi namun kurang bersedia secara mental dan ilmu dalam perkara yang paling asas iaitu penyusuan.penyusuan memerlukan ilmu. Ketepikan sedikit wang dalam rm100 untuk hadiri kursus penyusuan, bawa suami, ibu atau mereka yang membantu kita ketika proses pantang, kenali sahabat anda yang menyusu dengan eksklusif, pusat penyusuan berhampiran anda.tanya pengalaman, tips kepada mereka.. apabila menghadapi cabaran, ilmu dan orang sekeliling adalah penyelamat anda.
    3. Peralatan: peralatan penyusuan yang berfungsi amat penting kerana majoriti ibu bekerja sekarang dan perlu mengepam susu dari tempat kerja. Pilih pam yang bagus berdasarkan keperluan anda.. Mahal tidak bermakna terbaik. Survey di kedai bayi anda dan lihat dan pegang sendiri pam untuk mencari yang terbaik untuk anda 
    Tateh, your parenting partner 
    3Like ·  · 
    • 56 people like this.
    • Juraida Asna Love this! Sbenanye semuanya atas kemahuan..breasfeeding bkn satu journey yg mudah..ade sy tgok ibu2 yg 'byk bg alasan' padahal actly she's already give up..but anyway its her baby, her choice 
      January 6 at 1:25pm via mobile · Like · 3
    • Rafidah Othman i loike !!!
    • Juliana Sahari Betul...kesannya..hubungan ibu n anak amat rapat..so..susuilah baby kita..
      January 6 at 2:12pm via mobile · Like · 2
    • Norazlina Kemat yup....dlm 9 org adik beradik yg dah berkahwin...syukur alhamdulillah berjaya menyusukan anak sulung 10 bulan and yg kedua dah masuk 18 bulan...
      January 6 at 3:39pm via mobile · Like · 1
    • Norazlina Kemat ilmu mmg kena ada dan mental kn bersedia....anak sulung mmg sy kurang ilmu and lmbt simpan stok..anak kedua stok melimpah ruah tp anak prefer direct feed...mcm2 dugaan...
      January 6 at 3:42pm via mobile · Like · 1
    • Delima Jamaludin anak sy akan masuk 4thn.stop beri susu bdn umur 2thn lebih.pernah menyusukan seorang anak saudara dan anak kwn (susu kandung),masih lg ada susu.tp ada benjolan dlm breast,mgkn ketulan susu.doktor minta continue aktiviti menyusu pd anak.hahaha,dah besar anak.agak agak lah.bg saya,sy tidask lgsg amal jamu or herba sepanjang bersalin hingga stop menyusu anak.atas nasihat doktor juga minta jgn makan jamu.
      January 6 at 5:42pm via mobile · Like · 1
    • Noorul Afidza Couldn't agree more!!
    • Syareen Mokhtar Saya sokong sgt2!! Saya sendiri nyusukan ank saya secara sepenuhnye sampai skrg. Skrg ank saya dah setahun sebulan,alhamdulillah. Saya berniat dari ngandung lg tuk susukan ank saya dgn susu badan sepenuhnye. Syukur niat saya berjaya!! Susu ibu adalah susu terbaik didunia. Jadi para ibu,bglah ank anda susu terbaik. Bkn susu lembu ye!!
      January 6 at 7:15pm via mobile · Like · 1
    • Nizam Sandi Tggungjwab breast feeding bukan shj tletak di atas isteri...suami jg mmainkan peranan pnting...suami beri ms kpd isteri utk brehat & mmastikan kesihatn isteri dgn baik...isteri yg stress blh mmbantutkn pnyusuan anak...
      January 7 at 8:02am via mobile · Like · 1
    • Zie Rahman berjaya menyusu kan anak no 3 dulu smpai usia dia 3thun baru stop kan,sb masa tu pregy anak no4,alhamdulillah ada nye support dari suami tersayang,dan nekad pada diri mmg niat nk bg anak susu badan akhir nye berjaya..anak no 4 pun dah 2thun lbh masih m...See More
    • Butik Tateh Bandar Baru Bangi Tq puan Rozie sebab sudi berkongsi kisah kejayaan puan.. Its never too late walaupun anak ketiga  saya doakan anak puan menjadi anak bijaksana, soleh solehah berkat susu ibu.. Tahniah 
      January 7 at 8:54am via mobile · Like · 1
    • Zie Rahman insyaallah amin..tp mmg nampak sgt anak yg no3 sgt la cerdik dan aktif x mcm abg dia yg no2 tu.mmg nampak sgt beza anak yg menyusu badan dgn anak yg minum susu formula..alhamdulillah atas anugerah yg allah beri..
    • Syakib Ahzam Ransangan pada puting susu ibu akan membantu perembesan hormon dari otak. Justeru akan membantu meningkatkan pengumpulan susu di kelenjar susu di payu dara. Jadi rajin rajin kan lah ransang puting anda wahai ibu.
      January 7 at 8:56am via mobile · Like · 2
    • Butik Tateh Bandar Baru Bangi Tq syakib ahzam for the sharing.. Cara terbaik untuk rangsang puting susu adalah dengan selalu melekapkan bayi ke puting susu walaupun puting tidak mengeluarkan susu lagi.ini untuk merangsang hormon oxytocin yang menghasilkan susu dirembes dari otak, l...See More
      January 7 at 9:09am via mobile · Like · 2
    • Zie Rahman masa saya pregy anak sulung pada thun 2000 dulu,x de ceramah penyusuan ibu ni,masa tu saya pun x de hati sgt nk bf kan anak,pulak tu masa tu keje shift,anak x tinggal sekali sb tinggal kan anak kt rumah mak,mak yg jaga anak no1 n 2 dulu..1 hari tu mak ...See More
    • LiLie AWg sy mmg ada niat dan berazam myusukan ank smpai umo 2thn++,ilmu ada serba sedikit yg sy bljr sblm bsalin....peralatan je xda sbb sy suri rumah ms tue....namun atas sbb2 yg xda dpt dielakkan sy hanya dpt myusukan ank sy hny sehingga 54 harije...Allah je ...See More
    • Butik Tateh Bandar Baru Bangi Takpe lilie, yang penting dah usaha.. Kami doakan anak kedua dan seterusnya berjaya susukan bayi anda.. InsyaAllah 
    • LiLie AWg insyaalah..mudah2an..itu mmg azam sy...