Sunday 16 November 2014

kesihatan tulang yang sihat

kredit to- Nor farida Awang (Diarivitamin.blogspot.com)
kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

BINA OTOT UNTUK SINGKIR FATS

saya suka sangat menggunakan perumpamaan MUDAH DARI SHAKLEE ini
BINA OTOT UNTUK SINGKIR FATS dalam badan!
betulkah begitu?
jika kita diet dengan pengurangan kalori dalam badan contohnya
jum kalori sehari 1769kcal
jum kalori yang dimakan pada hari tersebut hanya 1520kcal
jum defisit hanyalah = 249Kcal
jika dibuat secara berterusan maka, leansgains akan meningkat =KURUS..tetapi cara ini amat lambat tetapi mmg boleh turun beratnya
tetapi adalah lebih baik jika :
Pengurangan kalori + meningkatkan metabolisme + kehilangan lemak
===== BUKANKAH IA LEBIH HEBAT...2 + 1 ====
‪#‎shakleejualpromo‬
‪#‎shakleejualspecial‬
017 3112968
~~dapatkan set idaman anda dengan pelbagai promosi pada bulan Nov ini~~ add on omega gaurd


Tuesday 4 November 2014

DETOKS WATER

MInggu lepas lagi
ada customer saya bertanyakan tentang infused water atau air detoks ini
perlu atau tidak?

sebenarnya, kita..terutamanya yang nak diet atau ingin melawaskan perut, air detosk ini perlu. Tambahan pula air detoks ini adalah MINUMAN SEMULAJADI YANG BOLEH DI BELI DAN DIADUN SEMULA MENGIKUT KEPERLUAN KITA

setakat yang diamalkan oleh saya sendiri
air detoks sangat membantu untuk melancARKAN PEMBUANGAN AIR kecil dan besar. tetapi bukanlah hingga "terberak-berak"...
cumanya ianya akan mendatangkan 'kelegaan'



untuk BF mom? bolehkah?
setakat ini tiada kajian khusus menunjukkan ianya boleh diminum oleh ibu BF, TETAPI saya telah mengamalkannya selama beberapa minggu. Alhamdulillah, Allah bantu saya, Nur Afia Amni tidak kembung dan tida pula berak-berak hijau..normal sahaja.

JOM CUBA, amalkan air suam juga 3L sebagai sampingan yang WAJIB
~~~selepas detoks saya sarankan anda mengamalkan diet seimbang dan senaman yang ringan agar badan kembali firm. JANGAN DIET EXTRIM, tetapi bersederhanalah, AMBIL SUPPLEMENT UNTUK MEMBERIKAN SEPENUHNYA NUTRIENT kepada badan....~~~

set cadangan untuk slimm
Herb lax + Lecithin + alfalfa + Cinch
COD Putrajaya 017 3112968

Monday 3 November 2014

DIET IKUT JENIS DARAH??

sumber rujukan dan info- http://www2.hmetro.com.my/articles/Dietikutjenisdarah/Article

Benarkah diet lebih BERKESAN JIKA KITA AMAL PENGAMBILAN MAKANAN YANG SESUAI MENGIJUT JENIS DARAH.

mengikut kajian'

 Dr Peter JD Adamo, pakar rawatan semula jadi bertauliah di Connecticut, Amerika Syarikat.
Penelitian pada setiap darah menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap protein yang terdapat pada makanan apabila masuk ke dalam badan. Setiap protein makanan yang diserap tubuh menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

TERDAPAT KAJIAN MENDAPATI DIET YANG MENGUNJUR KEPADA JENIS DARAH AKAN LEBIH MENUNJUKKAN KEBERKESANANNYA..

semestinya saya bersetuju dengan pendapat dan kajin tersebut kerana, setiap amalan diet seharian kita tidak lari dengan hormon iaitu metabolik..rendah dan tinggi.

metabolik pula merujuk kepada daya tahanan kita dalam secara realitinya samada kita kerap melakjukan aktiviti, kerap makan atau tidak berlaopar dan sebagainya.



Hasil kajiannya yang dilakukan selama beberapa tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memberikan tindak balas yang berbeza terhadap makanan mengikut jenis darah yang dimiliki. Hal ini juga diterangkan di dalam bukunya berjudul Eat Right For Your Type yang diterbitkan pada tahun 1996.

Apabila pengambilan makanan sesuai dengan jenis darah seseorang (sama ada A, B, AB, dan O), ia memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan.


Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme.


Diet kumpulan darah A

Di dalam bukunya, Dr D’Adamo menyarankan ­pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dan makanan yang rendah ­kandungan protein. Ini ­kerana jika jumlah protein dalam makanan terlalu banyak, ia menyebabkan seseorang itu sakit perut. Pun begitu bukan bermakna individu yang mempunyai darah jenis A tidak boleh mendapat protein daripada sumber haiwan, tetapi ­disarankan dalam kuantiti kecil.

Kumpulan ini dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju semula jadi dan telur organik. Golongan darah A perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindari adalah hidangan laut berwarna putih (contohnya ikan siakap putih), daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.


Ciri khas individu darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.

• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging.

• Disarankan mengamalkan pemakanan vegetarian atau mengambil makanan tinggi karbohidrat, namun rendah lemak.

• Mengurangkan tekanan dengan bermeditasi atau bersenam.

• Perlu mendapat cukup rehat.


Menu yang dianjurkan:
Sarapan:
 Air suam dicampur jus limau nipis dan oat
Snek:Makan tengah hari:Snek:Makan malam:

Diet kumpulan darah B

Individu yang mempu­nyai darah jenis B dikatakan lebih fleksibel berbanding golongan yang memiliki darah A. Teori Dr D’Adamo menyarankan golongan ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin, sebaliknya sangat menganjurkan makanan berasaskan susu dan yang mengandungi banyak karbohidrat.


Ciri khas individu darah B:

• Dianjurkan mengambil diet yang mengandungi pelbagai variasi makanan, namun perlu mengehadkan pengambilan daging.

• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk mening­katkan sistem imunisasi badan.

• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.

• Untuk mengatasi tekanan, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik darah B alah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, oleh itu mereka disarankan mengambil banyak sayuran hijau yang kaya magnesium.

Antara makanan yang disarankan adalah daging lembu, kambing, kibas, arnab, ikan laut, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan serta semua produk susu kecuali keju biru dan aiskrim.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh dan itik, beraneka jenis minyak (minyak bijan, jagung, biji matahari, kacang tanah dan soya); kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu yang dianjurkan:
Sarapan:
 Bijirin, pisang dan segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan tengah hari: Sepotong dada ayam, dua potong roti berserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau atau yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


Diet golongan darah AB

Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayur dan buah kecuali jagung, tauge, cendawan dan buah yang dijeruk.

Golongan ini harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang, ikan laut, semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit dan perlu mengurangkan pengambilan makanan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Disarankan mengambil makanan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap

• Digalakkan bersenam pada waktu pagi untuk lebih bertenaga


Menu yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, dua potong roti dan sehiris keju
Snek: Yogurt
Makan Tengah Hari: Empat hiris dada ayam, dua biji plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet, salad buah dan kopi


Diet golongan darah O

Pemilik darah jenis O disaran lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diproses), sayur-sayuran, telur dan kacang serta mengurangkan karbohidrat namun perlu menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan dan menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. dia turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindari seperti sayur brokoli, sawi, tauge, terung dan cendawan.

Selain itu, pemilik darah jenis ini tidak memerlukan telur, susu, gandum dan kekacang kerana protein diperoleh daripada sumber daging dan ikan. Paling penting mereka perlu menghindari jeruk yang dikatakan boleh menyebabkan keracunan usus. 




Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

• Mudah mengadaptasi ­dengan pelbagai makanan

• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

• Dianjurkan mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat

• Berisiko mendapat radang seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu yang dianjurkan:
Sarapan:
 Dua keping roti bakar disapu mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan Tengah Hari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging dan asparagus yang dicelur, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba 



Kajian Dr D’Adamo ini adalah sesuatu yang baru dan ramai pakar pemakanan mempertikaikannya, namun apa yang lebih utama ialah mengamalkan pemakanan sihat. Pemakanan sihat bermakna memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit tanpa mengira jenis darah seseorang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 -

DIET TIDAK LENGKAP TANPA PENGAMBILAN SET DETOKS YANG BERKESAN DAN MEMUASKAN PRESTASINYA

Set dicadangkan
set asas detoks- Alfalfa + herb lax + Lecithin
Set super detoks - alfalfa + DTX + Garlic + Lecithin/omega
Set eksklusif slimm- Alfalfa + Lecithin + Herb lax + Cinch /ESP
 

nota- untuk meningkatkan metabolisme anda disarankan agar kerap ambik tea mix shaklee, makanan yang rberempah, pedas cthnya cili dan black pepper.