Thursday 21 May 2015

((PENGALAMAN ANAK DEMAM KUNING TINGGI))



:: saya bersyukur kerana kali ini proses kelahiran untuk anak no.3 telah 'dirancang' kelahirannya kerana saya perlu menggunakan kaedah caesarian atas faktor kesihatan dan kelahiran yang lepas. Kali ni saya tidak menjangka, ANAK DEMAM KUNING MELEPASI kiraan 300. Oh tidak bilirubin dalam darah Nur Afia Amni sangat tinggi. saya kurang memberi susu ibu kah?.::

Syukur ditemukan dengan doktar yang sangat menyokong penyusuan susu ibu, saya berikan kerap2 SI dengan harapan Amni lekas sembuh dari demam kuning. bacaan bilirubin semakin menurun tetapi ditahap membimbangkan, bacaan terakhir ketika usia amni mencecah 30hari ialah 205. masih tinggi. ujian darah perlu diambil dalam usia amni 40hari ketas untuk ujian seturnya bagi memastikan amni tiada symptom untuk penyakit yang menjadi punca kepada bilirubin dan demam kuning sukar kebah.

Alhamdulillah, demam kuning semakin kurang dan warna kuning pada badan amni juga semakin pucat dan kian menghilang. SAYA SEMAK PEMAKANAN SAYA, Alhamdulillah walauopun berpantang sendirian bersama suami dan anak2 yang lain saya masih boleh berpantang seperti ketika saya melahirkan anak pertama. 



Image result for NUTRIFERON

>> sayuran hijau- sawi/lobak putih/brokoli
>>buah oren sunkits
>> Ikan yang tidak gatal, hanya ambil daging ketika usia pantang masuk hari ke 25 ke atas
>> Protein ESP shaklee untuk bina otot dan kesegaran pada badan
>> nasi/bubur dicampur bilis sangai
>> SUPPLEMENT shaklee (pilihan premier add on NUTRIFERON untuk cegah demam kuning anak)
>> urutan tradisional selama 3 hari
>> mandi air panas selama 44 hari
>> cucian bersih pada luka dan mengamalkan ZINC Complex sebanyak 4 biji sehari sangat membantu menyah luka dan kekotoran pada luka bersalin.

CHECKLIST ujian doktar menunjukkan anak saya TIADA PENYAKIT MERBAHAYA YANG DISABITKAN OLEH JAUNDIS BERPANJANGAN KERANA:

* anak aktif
* Bilirubin semakin rendah (perlu pemantauan sahaja)
* anak kerap BF kerana kencing/berak anak yang baik dan tidak membimbangkan
* bebas penyakit tiroid atau lain2 penyakit bawaan genetik yang lain
syukur!! Alhamdulilah

Tuesday 19 May 2015

Vitamin C, kolagen untuk kulit

Artikel dipetik dari Utusan Melayu 12/10/2014

SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.
Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.
Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.
"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.
"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Image result for vitamin c shaklee
Keperluan
Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.
Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.
Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.
"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.
Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.
"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.
Artikel 



DAPATKLAN SET CADANGAN UNTUK KULIT - VITC dan COLLOGEN POWDER SHAKLEE
017 3112869 

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141012/kn_02/Vitamin-C-kolagen-untuk-kulit#ixzz3adfzgrcw 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 7 May 2015

(( SAHABAT BAIK WANITA))


:: semestinya sahabat baik wanita adalah "PMS" setiap bulan. cuma yang membezakan adalah "senggugut". kadang kala wanita tidak terfikir bahaya jika senggugut yang keterlaluan atau warna darah haid seperti kehitaman setiap bulan boleh menyukarkan anda mendapat cahaya mata!. ::
FAHAMI MESTRUAL ANDA SETIAP BULAN
pergiatkan mengambil GLA untuk membetulkan semual kitaran haid anda agar lebih sempurna. BONUS KEPADA ANDA dengan mengamalkan gla complex shaklee anda mungkin terkejut kerana badan anda akan lebih lansing dan menawan kerana GLA COMPLEX mempunyai omega 6 yang sangat membantu dalam masalah 'rebounce' berat badan
017 3112869