kelahiran ke-3 ni terasa macam
kelahiran anak pertama..
TAK DIRANCANG
disahkan hamil selepas kedatangan haid
seperti biasa. tahu-tahu sahaja pada bulan 12 saya disahkan hamil 5 minggu kot.
tapi saya still datang period...suprise..suprise!!! amik ko, dua line..temenung
sekejap...hehehe
walaupun tak dirancang, kelancaran
susu untuk muhammad firas ketika itu baru berusia 1 thn 4 bulan kot..masih
diteruskan dengan azam..AKU NAK BREASTFEED FIRAS HINGGA 2 Tahun.
Izin Allah, aku masih menyusukan firas
dengan cara direct breastfeed dan berikan EBM. stok Alhamdulillah dengan izin
Allah juga dan asbab pengambilan shaklee ku sayang...heheh aku dapat bekalkan
firas dari EBM yang bulan nov, disember dan Januari hinggalah kilang susu aku
disahkan "tutup" pada Mac 2014. tapi yang paling bermakna..STOK SUSU
PERAHAN IBU (cap aku lah tu) still ada lagi dalam fridge.
Iklan kejap:
Set penyusuan lengkap shaklee:
VITALEA + B.COMPLEX (with acid
Forlic) + ESP + Vit C SR + OSTEMATRIX+ ALFALFA - full set
add on slimming set –
Cinch + Lecithin + omega
So far aku mkn set ni bulan Feb 2013-
berat 78kg kemudian pada bulan Julai 2013-berat 67kg..syukur sangat-sangat
(terasa mmg nak kurus lagi..tp tahu-tahu je dah pregnant balik..terpaksa aku
mkn banyak semula huhu)
PENJAGAAN SEMASA HAMIL
Setelah disahkan hamil. Aku tak tunggu dah..memang
terus ambil set yang sepatutnya untuk ibu hamil iaitu
Iklan sekejap:
VITALEA + B.COMPLEX (with acid Forlic) + ESP + Vit
C SR + OSTEMATRIX+ CARATOMAX + OMEGA + PERFORMANCE DRINK (omega diambil sejak
kandungan berusia 3bulan hingga 7 bulan sahaja dan PD aku ambil sebab selalu
aje mual dan sakit kepala, PD sangat membantu)
Maslaah hb rendah itu juga aku hadapi kerana kerja banyak
termasuklah pekerjaan di rumah dan melayan anak2. Maklumlah firas (di kira baby
time itu)..kemana-mana mmg aku yang dukung walaupun dah sarat pregnant 36
minggu ok!! Sangat manja. Dengan dukung anak, angkat beg anak dan kdg2
makanan..buatkan aku letih. Belum lagi stay up mlm sebab berjaga nak tidurkan
firas yang lg dekat kita nak bersalin..lg la dia meragam.huhu..so jawap
nya….Telan aje VITALEA – 6 biji dan B.Com – 6 BIJI serta Vit C SR -6 biji
Kesannyanya, hb maintain dan kiraan hb juga dlm keadaan ok.
TIBA
WAKTU BERSALIN
Macam statement diatas..”bersalin anak ke-3 ini
macam bersalin anak pertama”..
Bersalin anak ke -3 secara Caesar buatkan rasa
sakit segala sakit tu dating..Ya Allah…sakitnya hanya Allah yang tahu…saya
perlu ambil epidural + spina bius pada masa
yang sama..kerana kelahiran sebelum bius macam tak
lut dengan saya..heheh HANG KEBAL lah katakan...
oleh kerana vitamin tetap di hati..saya mula ambil
nutriferon dan supplement yang lainnya utk beri saya extra energy.
Alhamdulillah sepanjang kehamilan saya belum lagi demam, selsema atau batuk.
Syukur!
19 Jun 2014
Dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan pada kandungan
saya yang borderline prem- 36 minggu 6 hari. Sebelum tu, aku masuk kerja macam
biasa ok…dengan perut ku yang kecil….pakai baju kurung gi kerja..kalau yg
dulu2..mengandung baru 5 bulan dah pakai baju maternity. huhu
Hati ni, dup..dap..dup dap…takut nak bersalin
walaupun Caesar..sebabnya masih terngiang2 lagi peristiwa bersalin thn 2009 dan
2012 huhu…muntah hjau, sakit kepala, susah kencing, mual dan mcm2 lagi
perasaan.
Aku control juga hati ni, yg pastinya aku nak
SEMUANYA SELAMAT.
20 Jun 2014- 9.15 pagi
Aku ditolak
ke dewan bedah..dewan “exam” yang menentukan hidup dan mati aku…Ya
Allah..besarnya pengorbanan seorang ibu. Walaupun 4 hari lepas , setiap hari
aku dah rasa contraction tapi kali ini terus dah tak sakit sebab mind set aku
hanya NAK MELAHIRKAN SAHAJa..that it!. Jangan fikir ape2 lagi..
Tengokkan kat atas lampu bilik operate
tu..terserlah perut ku yang dorang dah target nak potong (cerita2 yang psal
bius la….inject2 la terpaksa aku potong sebab 18XX punya ma..hihi)
Yang paling penting doc pakar bedah cakap..”urmmm
previous scar u tak teruk sangat la…ok2 je..selalunya teruk kalau anak rapat2…u
makan ape”
Syukur sangat…time tu aku tak jawap ape pun..aku
diam je…sebab menahan kengerian selepas tgk kat atas lampu bilik bedah (hanya
org yg biasa operate je tahu ape yg aku maksudkan ini..hihi..anak aku selamat
dilahirkan pada 10.48 pagi- 2.53kg..sangat comel (compare abg dan akak nya yg
lahir pada tarikh yang sama 9/8/2009 dan 9/8/2012 masing2 3.55kg dan 3.65kg).
maklumlah borderline prem baby.
Naik ke katil di wad..kesediaan mental aku telah
diuji..huhu..sebabnya bermula episode mengepam susu ibu…mmg tak bengkak..(itu
yg aku doa semasa dalam waktu bersalin) bila tgk aku tak bengkak susu..aku pula
jadi takut. Mlm tu terus minum ESP + ostematrix…haaaa tu dia,,,tak tertanggung
rasa…huhu dapatlah aku pump KOLETRUM SUSU IBU (susu awal ibu) dengan rezeki
dari Allah sebanyak 6oz utk 2 hari pertama sebagai ibu kali ke-3 hihi. Kemudian
aku terus “insaf” smp takut nak minum ESP..takut bengkak susu lagi..huhu..
Bila dah discaj..macam2 dugaan aku perolehi dari
Allah..ini semua menguji kita sebagai seorang ibu…aku tetap gigihkan diri
mengepam dan direct breastfeed.
HARI
INI HARI KE 13- 2 Julai 2014
Aku tetap mengepam dan paling aku suka masih diberi
nikmat bengkak susu dan itu petanda susu ku banyak dan diperlukan oleh Nur Afia
Amni
Confinement set- vitalea + alfalfa + Zinc + Esp +
b.com + Oste + ESP+ caratomax
JOM KITA MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA- penyusuan
ibu
HARI KE 46- 7 Ogos 2014
Rasa seronok sangat sebab dah habis berpantang. Jatuh
pada hari ke-8 Raya..jadilah!! hehe
Kali ni perasaan nak makan ketupat dan nasi himpit
tak dek la terasa membuak-buak sangat sebabnya masa penghujung berpantang saya
dah mula makan daging dan ayam. Alhamdulillah tiada mslh kerana saya ambil
dalam kuantiti yang sikitt sahaja. (untuk rasa-rasa bak kata orang tua)
Yang bestnya masa cucuk dos pertama amni – beratnya
telah naik hingga 3.50kg..wah best betul sebab rasanya sepanjang berpantang
saya tidak pernanh lupa ESP + Kurma + susu Coklat yang saya minum suam semasa
dalam pantang.
Bijak kan? Sambil minum, susu pun tip top, badan
pun lansing..heheh..di akhir waktu berpantang saya, berat badan saya mencecah
69kg dari 86kg (anehnya ketiaga-tiga anak saya, ketika saya hamil semuanya pada
berat 86kg)
Apa yang saya ambil ketika ini ialah-
Vitalea-b.compelx- Vit C SR- Ostematrix- ESP-
GLA-Herb lax- Zinc-alfalfa
Wah, banyaknya!! Kalau nak lagi mudah ambik sahaja
vivix..hehehe