terdapat kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat melihat pengaruh bersarapan pagi pada jumlah kalori yang diambil dan dibakar sepanjang hari serta hubungannya dengan insulin.Turut dilihat pengaruh kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.
Hasilnya menunjukkan wanita yang makan bersarapan pagi mengambil jumlah
100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan
pagi.LDL iaitu kolesterol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka
mengambil sarapan pagi.Selain itu,sarapan pagi menjadikan respons
insulin lebih baik bererti risiko menderita diabetes juga
menurun.American Heart Association melaporkan bersarapan yang signifikan
bagi menurunkan kecenderun obesity dan risiko diabetes.
Mengikut penyelidik Linda Van Horn, dari Northwestern University’s Feinberg School of
Medicine, (1999). Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat.
Medicine, (1999). Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat.
Pada penghujung hari, individu yang mengambil sarapan pagi akan mengambil makanan yang mengandungi kalori yang rendah, kurang kepekatan lemak dan kolestrol dansecara keseluruhannya mempunyai status nutrien yang lebih baik berbanding daripada orangyang tidak mengambil sarapan pagi.
Mengikut laporan Reuters Business Insight yang ditulis oleh Datamonitor, (2002) cara pemakanan sarapan pagi individu sedang berubah. Ini adalah kerana perubahan cara hidup telah membawa kepada perubahan corak pemakanan, dan kepentingan sarapan pagi semakin menurun dengan ramai orang yang meninggalkan sarapan pagi atau memilih makan di tempat kerja. Mengikut suau tinjauan yang telah dijalankan di Jepun pada tahun 2000, yang melibatkan responden sebanyak 5000 ribu orang bertujuan mengkaji budaya sarapan pagi di Jepun.Tinjauan tersebut mendapati secara tradisi budaya sarapan pagi Jepun adalah berbeza daripada Barat.
Akan
tetapi seperti aspek-aspek cara hidup Jepun, budaya sarapan pagi telah
telah mengalami perubahan daripada negara-negara Barat menerusi faktor
pembaratan 150 tahun dahulu. Kini masyarakat Jepun mengamalkan budaya
sarapan pagi Barat dan Jepun itu sendiri. Manakala jenis makanan yang
menjadi pilihan utama sebagai sarapan pagi masyarakat Jepun adalah roti.
Budaya sesuatu negara dapat mempengaruhi amalan sarapan pagi di
kalangan masyarakatnya. Pilihan menu sarapan pagi mereka akan berbeza
daripada masyarakat lain.
Hadist Abu
Sa’id al-Khudri -radhiallahu ‘anhu- dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam, bahwa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sahur
adalah berkah, makan janganlah kalian meninggalkannya walaupun salah
seorang diantara kalian hanya dengan meneguk satu tegukan air. Karena
sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan
sahur.” (HR. Ahmad 3/12 dan 44)
Hadist Anas bin Malik -radhiallahu ‘anhu- beliau berkata, bahwa NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan sahurlah kalian karena pada sahur terdapat berkah.”
(HR. al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no.770)
Sarapan
pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu
diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu.
Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang
terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan
membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa
sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian,
tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.Satu kajian yang
di buat di Lowa. Amerika syarikat menunjukkan bahawa murid yang
rnempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti mempunyai
kadar keaktifan yang tinggi berbanding murid yang tidak mengambil
sarapan pagi. Di sekolah .murid yang bersarapan mempunyai sahsiah dan
prestasi yang lebih tinggi berbanding murid yang enggan atau melangkaui
sarapan ( Krause dan Mahan. 1969).
set terbaik dari shaklee untuk sarapan hebat
ESP 850g
Performace drink
Meal shake
set terbaik dari shaklee untuk sarapan hebat
ESP 850g
Performace drink
Meal shake
hubungi
Puan Nor suraiti binti Madianuddin (yatie)
ID- 917537
SMS/wassup/we chat- 017 3112968
FB/Fan page- Elegance Muslimah/ Elegance Stylista
No comments:
Post a Comment