Butik Tateh Bandar Baru Bangi · 6,565 like this
January 6 at 1:17pm · Saya nak share 3 sebab kenapa ibu gagal menyusukan anak
1. Niat: Tiada niat untuk menyusu anak dan bergantung kepada nasib.. ada ibu yang mengandung yang saya jumpa dan tanya tentang persediaan penyusuan berkata, tengokla puan.. Ada susu adalah.. Tade tadela.. Tengok nanti camane... Apabila tiada niat utk memberi bayi yang terbaik, kita tidak mencari jalan dan bersungguh sungguh dalam melakukannya
2. Ilmu : ramai ibu bapa menghabiskan beribu ringgit untuk persediaan material seperti barang bayi namun kurang bersedia secara mental dan ilmu dalam perkara yang paling asas iaitu penyusuan.penyusuan memerlukan ilmu. Ketepikan sedikit wang dalam rm100 untuk hadiri kursus penyusuan, bawa suami, ibu atau mereka yang membantu kita ketika proses pantang, kenali sahabat anda yang menyusu dengan eksklusif, pusat penyusuan berhampiran anda.tanya pengalaman, tips kepada mereka.. apabila menghadapi cabaran, ilmu dan orang sekeliling adalah penyelamat anda.
3. Peralatan: peralatan penyusuan yang berfungsi amat penting kerana majoriti ibu bekerja sekarang dan perlu mengepam susu dari tempat kerja. Pilih pam yang bagus berdasarkan keperluan anda.. Mahal tidak bermakna terbaik. Survey di kedai bayi anda dan lihat dan pegang sendiri pam untuk mencari yang terbaik untuk anda
Tateh, your parenting partner
No comments:
Post a Comment