Mengapa
perlu mengambil makanan tambahan (supplement)
Tuntutan cara hidup yang
serba moden dan sentiasa bergerak aktif menggamit seseorang untuk sentiasa
cergas, sihat dan bertenaga. Dunia yang serba mencabar ini tidak memungkin
seseorang mampu bersaing jika sekiranya dalam keadaan yang kurang cergas, tidak
petah dan kurang berketrampilan. Kesihatan adalah menjadi aset berharga kini
kerana ianya adalah salah satu tuntutan utama dalam meniti kehidupan seharian
disamping ianya menjadi satu asas penting dalam menyokong kejayaan dan
kecemerlangan samada dari segi fizikal dan mental. Malah kesihatan bukanlah
satu kompromi.
Persolannya
kini, perlukah makanan tambahan untuk anda?.
Bagi yang mampu menjaga amalan pemakanannya dan mampu menyediakan
makanan harian mengikut piramid makanan, maka tiada masalah bagi dirinya untuk tidak
mengambil makanan tambahan sebagai sumber kedua. Kebanyakkannya tidak menyedari
bahawa pengambilan makanan tambahan adalah sebagai “mengisi ruang-ruang kosong”
yang terdapat dalam sel-sel badan manusia yang mana diet seharian mereka tidak dilengkapi dengan piramid makanan
yang boleh menyokong sistem tubuh mereka. Ramai yang bersikap skeptical mengenai
pengambilan makanan tambahan kerana beranggapan bahawa pengambilan ini boleh
menyebabkan ketagihan, pemborosan wang jika tidak serasi dan kurang berkesan ke
atas dirinya. Maka, kepercayaan seperti ini akhirnya menyukarkan seseorang itu
mengamalkan gaya hidup sihat yang merangkumi pelbagai aspek dalam penjagaan
pemakanan termasuklah memastikan aktiviti ringan dilakukan serentak.
Jenis-jenis
makanan tambahan
Makanan tambahan yang
terdapat dipasaran bukanlah semata-mata untuk menyembuh atau merawat penyakit
seperti demam, batuk, selsema atau yang melibatkan iritasi pada kulit wajah.
Tetapi, jika sekiranya pengguna dapat melakukan tinjauan pasaran terhadap
jenama yang menawarkan kandungan vitamin yang lebih tinggi serta bersesuaian
dengan keperluan badan manusia maka pilihlah makanan tambahan yang berasaskan
kepada bahan asas dan semulajadi bukan sintetik. Bahan yang terdiri daripada
ektrak dadah yang diambil dalam kuantiti yang tinggi serta memberikan impak negatif
pada kesihatan jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
Ciri-ciri
vitamin Sintetik:
·
Supplement sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang
mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin.
·
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi
percuma saja.
·
Vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan
dalam proses penghasilannya.
·
Vitamin sintetik boleh menyebabkan ketagihan dalam jangka masa
panjang dan memudaratkan kesihatan jika tidak diambil mengikut aturan yang
dibenarkan.
Ciri-ciri
vitamin semulajadi:
·
Vitamin semulajadi hanya mengambil pati asal dari
bahan semulajadi untuk dijadikan sebagao bahan utama . Walaupun bukan bahan
utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan
vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari
natural supplement didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.
·
Vitamin semulajadi dihasilkan
dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan
semulajadi dengan tubuh.
·
Vitamin Semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana
penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
·
Vitamin semulajadi tentunya lebih selamat, tiada perasa tiruan dan
pewarna tambahan.
Pengguna bijak bermula
dari anda
Maka pilihan ditangan anda, pilihlah makanan tambahan yang
berasaskan kepada ramuan semulajadi kerana kehebatannya dalam mengisi
ruang-runag kosong yang terdapat dalam badan anda adalah amat mengkagumkan.
Dalam memilih gaya pemakanan yang lebih sihat iaitu dengan mengamalkan
pengambilan sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan senaman rutin yang lebih kerap
agar dapat megimbangi keperluan kehidupan seharian anda. Sebagai pelengkap
nutrisi, kekurangan pelbagai vitamin dan mineral dalam tubuh badan manusia hendaklah
diseimbangi dengan elemen penting pada sel badan manusia bagi memastikan sel
tidak mati dan dapat menghasilkan sel baru demi melindungi organ dalaman kita
dari terkena jangkitan penyakit merbahaya.
No comments:
Post a Comment