Wednesday 12 December 2012

Nutrisi Pemakanaan Untuk Ibu Menyusukan


Penyusuan untuk wanita adalah penting selain mengeratkan kasih sayang, ianya dapat mengembalikan bentuk badan yang asal.  yang paling best bila penyusuan adalah bayi kita dapat membesar dengan lebih baik lagi kerana pandangan mata anak semasa menyusukan adalah yang TERHEBAT pernah aku alami : 
Berikut adalah tips makanan dan minuman untuk ibu yang menyusu yang aku google dalam internet. 

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya/ tauhu/tempe, kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya. (sayur bayam kaya dengan asid folik. juga sesuai untuk ibu mengandung)
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma. (boleh buat puree atau minuman berasaskan kurma atau logan)
  • Tinggi kalsium – susu.
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih. (resepi mertua untuk lobak masak asam adalah seperti dibawah- olahan semula oleh Yatie Madianuddin)
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  •  hormon oxytocin penting untuk dihasilkan oleh ibu nmenyusukan bayi kerana hormon ini membantu ibu untuk menghasilkan kuantiti susu



Resepi lobak putih masak asam :

3 ulas Bawang Putih - racik
1 biji bawang besar/holland - racik
1 biji bawang merah- racik
5-6 biji halba 
cili merah/hijau 4 (dibelah dua tak putus)
3 gelas air (ikut kesesuaian)
sedikit Halia- racik
Lobak putih sebatang (rebus dengan air selama 15-20 minit untuk hilangkan bau hancing lobak)
ikan tenggiri 4-5 ketul
asam jawa (dibancuh pekat)
garam-gula
minyak masak

cara masak:

tumis semua bahan, masukkan air, tunggu mendidih masukkan ikan dan bahan perasa. 




teringat masa aku pergi jumpa nutrition pada 10/12/2012, ada seorang budak tunjuk gambar ini pada maknya dan berkata " tengok tu mak, gambar yang paling atas sekali kena makan banyak tau.."...huhu kebetulan gambar paling atas adalah gambar aiskrim.....sabar jelah

No comments:

Post a Comment