Wednesday 5 December 2012

my princess - prince and twin of  my heart. 

Muhammad firas- 2 hari
tak sangka2 aku dapat anak lelaki sebabnya scan punya scan tak nampak so aku consider dapat bby girl lah..rupanya keluar2 je lelaki. . muaaahhh cayang mama

Exclusive Breastfeeding untuk Muhammad Firas bin Muhammad shahrizan

Pengalaman menyusukan firas adalah sesuatu yang best, menakjubkan dan kadang-kadang rasa macam sedikit "letih", "penat" dan tak kurang juga rasa macam terbeban sedikit. ini sebabnya si firas asik nak berkepit aja dengan mamanya.

tapi sebolehnya aku tak nak rasa terbeban sebabnya firas adalah darah daging aku, yang kelaur dari rahim aku dan semestinya mama, ayah dan kak aina amat sayang firas.

sejak setahun sebelum kelahiran firas lagi aku dah plan dan dah ada awareness tentang Penyusuan Anak secara ekslusif sehingga 2 tahun. bila tgk kawan2 lama masa keja kat jabatan perpaduan dulu AKA geng mengepam...waaa...tgk air susu dorang sampai melempah2...Syukur nikmat Allah kan? Allah maha pemurah lagi maha Menyayang. Allah tak kan biarkan hambaNya bersusah2 untuk mengeluarkan duit belanja yang tinggi hanya untuk membesarkan anak.

jadi bertitik tolak dari itu lah aku mula simpan azam nak menyusuan baby kedua sepenuhnya selama 2 tahun. 

jadi bila firas dilahirkan, mmg perit sgt sebab aku ada komplikasi rahim dan dinasihatkan untuk beranak lagi 5 tahun (aduiiii...sesuatu yang aku tak jangka) sebabnya kantung rahim dah pecah dan terkoyak smp 1cm...dengan berat 3.65kg..mcm biasa la..."puan, anak besar jadi kita try dulu normal erk, kalau tak mmg kena czer ni"....erm puaslah aku trainning nak normal...bukan rezeki la nampaknya, dan smp kesudahnya aku akan czer ...huhu. paling happy aina adn firas berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Ogos 2012. hahahaha sesuatu yang Allah anugerahkan kepada kami....

bila lahir, walaupun Allah SWT uji dengan pelbagai ujian terhadap kesihatan firas..kami dah redha dan tempuh aje lah selagi diberi ujian.

back to the breastfeeding (BF)..yup mmg aku berazam nak BF sebabnya nanti boleh kurus..hahahahah tapi smp sekarang berat tak agak2 naiknya.....

sehari firas akan minum 2ozx6botol. tapi latelly dia kurang menyusu..tak tau kenapa..apa2 pun aku selalu doa supaya firas lekas sembuh dan jadi big boy mcm bby lain.

apa yang mama mkn itulah yang firas makan juga. Encik suami dan orang sekeliling banyak menyokong untuk aku bf. dan yang paling penting apabila bermulanya BF journey aku. maka bermulalah shopping sakan aku untuk beli brg2 dan keperluan untuk mom bf. hahaha (amik kesempatan) .....


No comments:

Post a Comment