Tuesday 18 June 2013

breakfast!!! jom makan...




terdapat kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat melihat pengaruh bersarapan pagi pada jumlah kalori yang diambil dan dibakar sepanjang hari serta hubungannya dengan insulin.Turut dilihat pengaruh kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.

Hasilnya menunjukkan wanita yang makan bersarapan pagi mengambil jumlah 100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.LDL iaitu kolesterol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka mengambil sarapan pagi.Selain itu,sarapan pagi menjadikan respons insulin lebih baik bererti risiko menderita diabetes juga menurun.American Heart Association melaporkan bersarapan yang signifikan bagi menurunkan kecenderun obesity dan risiko diabetes.
Mengikut penyelidik Linda Van Horn, dari Northwestern University’s Feinberg School of
Medicine, (1999)
. Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat.

Pada penghujung hari, individu yang mengambil sarapan pagi akan mengambil makanan yang mengandungi kalori yang rendah, kurang kepekatan lemak dan kolestrol dansecara keseluruhannya mempunyai status nutrien yang lebih baik berbanding daripada orangyang tidak mengambil sarapan pagi.

Mengikut laporan Reuters Business Insight yang ditulis oleh Datamonitor, (2002) cara pemakanan sarapan pagi individu sedang berubah. Ini adalah kerana perubahan cara hidup telah membawa kepada perubahan corak pemakanan, dan kepentingan sarapan pagi semakin menurun dengan ramai orang yang meninggalkan sarapan pagi atau memilih makan di tempat kerja. Mengikut suau tinjauan yang telah dijalankan di Jepun pada tahun 2000, yang melibatkan responden sebanyak 5000 ribu orang bertujuan mengkaji budaya sarapan pagi di Jepun.Tinjauan tersebut mendapati secara tradisi budaya sarapan pagi Jepun adalah berbeza daripada Barat.
Akan tetapi seperti aspek-aspek cara hidup Jepun, budaya sarapan pagi telah telah mengalami perubahan daripada negara-negara Barat menerusi faktor pembaratan 150 tahun dahulu. Kini masyarakat Jepun mengamalkan budaya sarapan pagi Barat dan Jepun itu sendiri. Manakala jenis makanan yang menjadi pilihan utama sebagai sarapan pagi masyarakat Jepun adalah roti. Budaya sesuatu negara dapat mempengaruhi amalan sarapan pagi di kalangan masyarakatnya. Pilihan menu sarapan pagi mereka akan berbeza daripada masyarakat lain.

Hadist Abu Sa’id al-Khudri -radhiallahu ‘anhu- dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


“Sahur adalah berkah, makan janganlah kalian meninggalkannya walaupun salah seorang diantara kalian hanya dengan meneguk satu tegukan air. Karena sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan sahur.” (HR. Ahmad 3/12 dan 44)
Hadist Anas bin Malik -radhiallahu ‘anhu- beliau berkata, bahwa NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan sahurlah kalian karena pada sahur terdapat berkah.”
(HR. al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no.770)

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.Satu kajian yang di buat di Lowa. Amerika syarikat menunjukkan bahawa murid yang rnempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti mempunyai kadar keaktifan yang tinggi berbanding murid yang tidak mengambil sarapan pagi. Di sekolah .murid yang bersarapan mempunyai sahsiah dan prestasi yang lebih tinggi berbanding murid yang enggan atau melangkaui sarapan ( Krause dan Mahan. 1969).

set terbaik dari shaklee untuk sarapan hebat
ESP 850g
Performace drink
Meal shake 

hubungi
Puan Nor suraiti binti Madianuddin (yatie)
ID- 917537
SMS/wassup/we chat- 017 3112968
FB/Fan page- Elegance Muslimah/ Elegance Stylista

No comments:

Post a Comment