Monday 16 December 2013

menyusui sambil hamil- apa yang perlu anda tahu

anda sedang hamil? tetapi pada masa yang sama sedang menyusukan?


apa yang perlu anda buat?

sesetengah ibu, tiada masalah untuk meneruskan penyusuan semasa dalam keadaan hamil. ini kerana amalan pemakanan yg teratur memungkinkan si ibu mampu "bertahan" untuk memastiakn susu badan yang dihasilkan dalam keadaan optimum.

3 keadaan yang memaksa anda untuk "wean off" penyusuan anda semasa kehamilan

1. berlaku pendarahan yang serius
2. ibu yang pernah melahirkan anak pra matang
3. IBu yang mengalami keguguran

jika sekiranya 3 perkara di atas, tidak terjadi kepada anda. Maka, teruskan lah niat anda utk menyusui anak anda DENGAN SYARAT. si ibu haruslah menjaga kesihatan sebaiknya dengan :

1.Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang berzat. lazimnya pada ibu yang menyusui hanya memerlukan kalori berpurata 200-400. jika disahkan hamil, si ibu perlu mengambil sekurang-kurangnya 600-700 kalori sehari.

2. apabila hamil, anda akan berasa tidak selesa ketika menyusui, jadi pastikan anda betulkan lekapan agar lebih selesa

3. JIKA PERLU, AMBIL LAH SUPPLEMENT KETIKA HAMIL. lebih-lebih lagi jika anda bukanlah seorang yang begitu prihatin terhadap amalan pemakanan seharian.

semoga semua ibu-ibu diluar sana terus tabah dan istiqamah

No comments:

Post a Comment