Thursday 5 December 2013

TIPS PENYUSUAN UNTUK BABY YANG JAUNDIS

Assalam
saya terpanggil untuk konsikan info ringkas ini yang saya petik dari sebuah laman blog penyusuan

"Jangan perkenalkan botol susu terlalu awal. Jika tidak boleh langsung untuk susukan bayi secara direct, guna kaedah "spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple confusion".

Ya! memang benar. Ibu yang  berhajat untuk menyusu penuh anaknya TIDAK DIGALAKKAN SAMA SEKALI untuk menggunakan puting botol terlalu awal (semasa dalam pantang). ini bagi mengelak anak anda keliru puting yang seterusnya boleh mengakibatkan ANAK SERING MENGAMUK KETIKA MENYUSU BADAN.

Apa yang perlu ibu lakukan (mengikut pengalaman saya sendiri ketika menjaga anak jaundis melebihi 15 hari)

1. perah susu mengikut masa 2 @ 3 jam sekali

2. kejutkan bayi (kerana baby janudis kerap tidur atau "malas" susu) dengan kaedah membuka bedung bayi dan menggunakan kain tuala lembab utk mengejutkannya dari lena.

3. Kerap menggunakan puting ibu dengan kaedah lekapan yang betul dengan memastikan sebahagian besar bayi dapat memasukkan mulut ke kawsan hitam pada payu dara ibu

4. Buat stok bagi ibu yang kerap mengepam sewaktu dalam pantang- tetapi TIDAK MEMPERKENALKAN puting botol. hanya gunakan picagari atau feeding cup sahaja. (dalam kes ini saya guna picagari).

5. sememangnya perut bayi yang kurang dari sebulan adalah dalam anggaran duit 5osen (duit lama) maka, secara logiknya anak akan cepat hadam dan akan kerap menyusu (bagi bayi yang normal) untuk mengisi perutnya. JNAGAN BIAR BAYI LAPAR BARU NAK SUAKAN SUSU ...jika boleh ikut aturan. MESTI SENDAWAKAN BABY sama tepuk belakang paha bahu ibu, atau dudukkan bayi kemudian tepuk sikit di belakang


sekadar tips dari saya

No comments:

Post a Comment